Perfect Your Dream Slideshow: -SIXZEROSIX-’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!

HARTA DAN ANAK -ANAK ADALAH UJIAN SEBENAR MANUSIA...

DAN ketahuilah bahawa harta benda kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah s.w.t. jualah pahala yang besar.
(al-Anfal: 28
)

Huraian

Antara ujian-ujian yang Allah s.w.t. berikan kepada orang-orang yang beriman ialah harta benda dan anak pinak. Allah s.w.t. mengetahui antara kelemahan manusia melalui kecintaan kepada harta kekayaan dan anak-anak. Oleh sebab itu Allah s.w.t. mengingatkan supaya berwaspada terhadap kurniaan harta kekayaan dan anak-pinak kepada mereka yang mana semua itu adalah bertujuan untuk menguji kewibawaan dan kecintaan kepada Allah s.w.t. dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya. Melalui ujian tersebut, Allah s.w.t. mahu melihat sejauh mana orang-orang beriman bersyukur dan menunaikan hak serta kewajipan mereka walaupun terlalu sibuk mencari harta benda dan membesarkan anak-anak. Allah s.w.t. melarang manusia melakukan khianat kepada-Nya, Rasul-Nya dan amanah-Nya disebabkan kecintaan kepada anak-anak dan harta benda.
Kesimpulan

Allah s.w.t. melarang keras melakukan khianat terhadap-Nya dan rasul-Nya namun Allah s.w.t. juga mengingatkan kepada golongan mukmin supaya berhati-hati dengan kemewahan dunia dan anak-anak. Sesiapa yang berjaya dengan ujian tersebut maka Allah s.w.t. akan mengurniakan suatu ganjaran yang amat besar di akhirat yang mana ia digambarkan sebagai suatu kejayaan yang sempurna dan kemuliaan yang tinggi.

- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Semoga boleh dijadikan iktibar bagi orang-orang yang berfikir.Insyaallah.