Perfect Your Dream Slideshow: -SIXZEROSIX-’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!

SG BIL @ PELUPUSAN SAMPAH

Cuaca yang sangat panas membuat kan aku rasa nak pergi merendam kan diri di tempat perkelahan Sg.Bil yang menjadi kebiasaan warga sekitar Dan warga yang dari bandar datang berkelah serta bersantai pada hujung minggu. Alangkah malang nya ketibaan aku hari Ini kerana segala yang aku rancang kan untuk merendamkan diri di Sungai Batu yang dulunya indah permai kini telah bertukar keadaan nya seperti tempat pelupusan */_-+.8xxx (haram jadah) yang menghilangkan segala mood positif setiap manusia waras yang cinta akan keindahan alam sekeliling (cuaca yang sangat panas menjadi bertambah panas hingga menusuk ke hempedu).

Melihat faktor ini alangkah molek sekiranya  KERAJAAN TEMPATAN di wujud kan semula melalui Pilihan raya pihak berkuasa tempatan atau 'Pilihan raya kerajaan tempatan' pernah diadakan di Malaysia bagi memilih ahli jawatankuasa di peringkat daerah sebelum 1964. Kerajaan tempatan adalah kerajaan paling rendah dalam sistem kerajaan di Malaysia. Jawatan penting seperti Datuk Bandar , Yang diPertua Majlis dan ahli majlis berkuasa terhadap cukai, cukai pintu dan menggubal undang-undang kecil.


Demokrasi dapat dipulih dan dilaksanakan kerana rakyat dapat memantau siapa dan bagaimana rakyat ditadbir. Sistem ini percaya bahawa rakyat adalah bijak dan mempunyai cukup maklumat. Korupsi yang berleluasa dapat dibendung walaupun tidak dapat dihapuskan sepenuhnya seperti hari ini orang ramai selalunya terpaksa memberi rasuah kepada pegawai ataupun ahli majlis perbandaran sebagai ganjaran untuk mendapat kelulusan permohonan mereka ataupun mengelakkan masalah. Cukai pintu dibayar oleh rakyat atau penduduk di sesebuah daerah Malangnya bagaimana kewangan dibelajakan tidak diketahui. Tidak ada mekanisme untuk mengimbang dan menyemak akaun dan bajet kerajaan tempatan. Pemilihan Datuk Bandar dan ahli Majlis perbandaran tidak dipilih oleh rakyat. Kerajaan tempatan merupakan kerajaan di peringkat paling rendah dalam sesuatu sistem kerajaan. Kerajaan ini berkuasa untuk mengenakan cukai yang terhad seperti cukai pintu. Selain itu agensi kerajaan ini boleh menguatkuasakan undang-undang kecil atau "by-laws" kepada rakyat yang berada di kawasan mereka.Persaingan sesama ahli majlis lebih baik dan masing-masing akan berlumba-lumban meningkatkan prestasi.


Kerajaan persekutuan tidaklah terlalu brkuasa berbanding kerajaan negeri sebagaimana hari ini.Pilihan raya ini tidaklah perlu diadakan secara besar-besar, melibatkan wang yang banyak dan masa yang lama. Ahli majlis mestilah terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan etnik krana Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk. Peti undi heNdaklah diadakan di pejabat daerah,balai penghulu dan penduduk sekitar hendaklah digalakkan keluar mengundi. @MNH