Perfect Your Dream Slideshow: -SIXZEROSIX-’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!

SAJAK BUAT KAWAN


Angin kuat langit luas
Laut tenang gunung menghijau
Rimbun rambai mendayung perlahan
Tanah berlopak ada yang rata
Tunas baru menumbuh berdikit
Apa yang kamu fikirkan kawan?
Apa yang kamu runsingkan?
Apakah kau memahami degup jantung kami?
Mustahil kamu merasa

Hari itu berlalu seperti biasa
Langit luas gelap ke hujungnya
Bulan mengalah separuh wajah
Kawan lupa dia punyai sempadan
Kawan terlupa yang dia punyai kawan
Ada yang terhiris dijari luka di hati
Ada titik darah yang tidak turun di bumi
Ada yang menghilang tetapi disisi
Adakah kawan menyedari yang dia boleh terabai?
Adakah dia lupa kawannya juga manusia?
Adakah dia terlupa yang kawannya juga ada?

Gelas kosong berselerak
Pinggan mati dengan kering
Ketawa juga kekontanggan
Senyum menjadi sinis
Berdekah-dekah sudah boleh dibayar
Kawan hilang nilainya sendiri
Kawan hilang dirinya
Adakah dia akan mengingati kematian ini?
Adakah dia akan berpaling?
Adakah dia mahu?
Adakah dia kawan mereka?

Mobil pergi
Nyenyak belum sampai tetapi hati telah tiba
Angin sejuk mengerti hati kawan
Tetapi sayang, kawan tidak mengenali kawannya
Dan dia melukai dan kian melukai