Perfect Your Dream Slideshow: -SIXZEROSIX-’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!

10 PAKAR MOTIVASI RANKING DUNIA

Menawarkan khidmat motivasi di samping nasihat mengarang buku dan menerbitkan kursus. Bercakap adalah satu seni bagi mereka. Maskulin senaraikan 10 pakar motivasi terkenal dan terbaik di dunia.


 1. Anthony Robbins
Apa yang mewujudkan satu kehidupan luar biasa?’, soalan ajaib setiap kali beliau mula memulakan motivasi.
Mengubah kehidupan hampir lima puluh juta penduduk dari 80 buah negara dengan produk buku, audio dan kursus beliau sendiri. Buku dengan jualan terbaik: Unlimited Power: The New Science of Personal Achievement.
 
2. Dr. Deepak Chopra
Berasal dari India, menulis lebih dari 55 buku motivasi merangkumi minda, kesihatan, kerohanian, kepimpinan, kejayaan dan lain-lain. Majalah  TIME mengisytiharkan Dr.Deepak dalam senarai 100 Ikon Terbaik Abad ini.

3. Dr. John Demartini
Dikenali sebagai pakar tingkah laku manusia, penulis dan  perunding perniagaan berjaya. Mengetengahkan fenomena antarabangsa ‘The Secret’. Pengasas pada Demartini  Institute, Texas Amerika Syarikat.


 4. Dr.  Wayne Dyer, pH.D
Pengarang dan speaker terkenal antarabangsa dalam bidang pembangunan diri. Telah menulis
lebih 30 buah buku, program audio dan video. Kesemua bukunya telah ditampilkan di  rancangan khas National Public Televisyen, Amerika Syarikat.




5. Jack Canfield
Terkenal sebagai pencipta bersama buku motivasi terkemuka  ‘Chicken Soup for The Soul’  dicetak  sebanyak 112 juta salinan dalam 40 bahasa. Jack memegang Guiness World Book of Record untuk rekod tujuh buah buku serentak di dalam senarai
6. Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Pakar motivasi terkemuka di Malaysia. Pakar dalam memberi motivasi serta perundingan pembangunan keluarga dan modal insan. Mempunyai rancangan temu bual sendiri ‘Selami Jiwa’ bersiaran.
 

7. Nick Vujicic

Lahir tanpa kaki dan tangan memberi inspirasi kepada Nick menjadi pakar motivasi terkenal. Buku terkenal, Life Without Limits: Inspiration for a Ridiculously Good Life dicetak pada tahun 2010.


8. Stephen R. Covey

Penulis buku ‘The 7 Habits of Highly Effective People’, yang dinamakan#1 Buku Perniagaan Paling  berpengaruh di abad ke-20. Pernah dianugerahkan ‘International Man of Peace Award’.
9. Robert Kiyosaki

Robert merupakan pendidik perniagaan, pelabur, ahli perniagaan, penulis dan penceramah
motivasi terkenal. Buku pertama, Rich Dad Poor Dad mencatatkan penjualan terbaik paling lama di pasaran
antarabangsa.
 
10. T.Harv Eker
Memiliki prinsip tersendiri, T.Harv telah berjaya menjadi jutawan dalam jangka masa dua tahun setengah sahaja. Motonya yang terkenal, “talk is cheap” dan kebolehannya menyakinkan orang untuk sentiasa bertindak bagi mendapatkan kejayaan.
Mohd Najib Hadi B.Jamaluddin
[T.Harrv Eker 'Millionaire Mind Power" Product]